BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 11, 2011

HATI



Sedang khusyuk mendengar tazkirah mase SPIRITUAL HEALING semlm, aku terbace petikan hadis ttg hati dlm al-mathurat yg diberikn Atikah. Aku sgt tertarik. Berulang kali aku mmbacenye. Kemudian aku bermuhasabah diriku. Yg mane satukah aku? Yes, aku tau aku ni tak alim sehebat mana dalam agama. But, dalam soal ni, kadang2 org yang bertudung labuh + x tinggal semayang pun hatinya lebih hitam berbanding dengan orang yang biase2 ni.. Sorry, bukan aku bermaksud nak mengutuk atau mengata golongan2 yang alim @ lebih hebat dr aku tentang agama ni . Sebetulnya, aku RESPEK kt korang sbb korang ade kelebihan yang ALLAH kurniakan untuk korang. Aku pula sedang cuba membuat ape yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Nampaknye aku sudah melalut jauh ni. Kembali kepada petikan yang aku bace tadi yer. Cmni bunyi yer:

Rasulullah SAW bersabda:
HATI itu ada 4 jenis:
1. Hati yang seputih-putihnya mengandungi pelita yang terang itulah hati orang MUKMIN.
2. Hati yang hitam terbalik itulah hati orang KAFIR.
3. Hati yang bersarung dan terikat dengan sarungnya itulah hati orang yang MUNAFIK.
4. Hati yang mengandungi iman dan nifaq, iman di dalamnya adalah seperti batas yang dibekali dengan air yang baik, dan nifaq di dalamnya adalah seperti kudis yang dibekali dengan nanah, mana yang lebih banyak, maka hati itu ditentukan mengikutnya.

Walaupun ade certain perkataan yag aku x faham, tapi aku tau ape maksudnye. Dan aku mencari-cari mana satukah hati aku. Kemudian aku terbace pula satu hadis lain.
Cmni bunyinye:

“ Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu
Bersifat pemaaf,
Merendah hati,
Tutur berbudi,
Pemurah dan
Baik budi pekerti…
…itulah kesempurnaan iman.”

Kemudian aku sedar, yang hati yang bersih itulah sebenarnya yang penting. Sehinggakan dapat mengangkat darjat seseorang ke peringkat tertinggi. |bermuhasabah|
PAKAIAN BOLEH DICUCI, HATI YANG SUCI SUKAR DICARI

No comments:

Post a Comment